Account Menu
  • Log in
  •  Dash
  • Search results
  •  Recent
  •  Knowledge Base
By date

 Geographic search

 Advanced search


Log in

Username
Password


 Click here if you have forgotten your password

%BROWSE_INDENT% %BROWSE_EXPAND% %BROWSE_TEXT% %BROWSE_REFRESH%
Browse by tag
Workflow
Browse
View all results

Majlis Berbuka Puasa dan Solat Tarawikh Bersama DYMM Tuanku Canselor UPM 2018 

 Full screen preview

Resource tools

File information File dimensions File size Options

Original JPG File

4176 × 2784 pixels (11.63 MP)

35.4 cm × 23.6 cm @ 300 PPI

6.0 MB Request

Low resolution print

2000 × 1333 pixels (2.67 MP)

16.9 cm × 11.3 cm @ 300 PPI

650 KB Request

Screen

1200 × 800 pixels (0.96 MP)

10.2 cm × 6.8 cm @ 300 PPI

257 KB Download

Preview

Full screen preview

257 KB View
Resource details
Default

Resource ID

5407

Access

Open

Contributed by

HALIJAH OTHMAN

Subject

Man

Emotion

Happy

Other

Berbuka, Puasa, Solat, Tarawikh, Ramadan

Named person(s)

Sultan Sharafuddin Idris Shah

Country

Malaysia

Date

01 June 18

Credit

Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi

Camera make / model

NIKON D5

Source

Digital Camera

Notes

Tarikh: 01 Jun 2018 - 01 Jun 2018
Masa: 05.30 - 10.00
Lokasi: Dataran Masjid UPM

Tuanku Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan untuk menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada anak yatim, asnaf dan mualaf yang terdiri daripada 50 pelajar UPM dan Biasiswa Wakaf Ilmu kepada enam pelajar UPM di sini.
Baginda selaku Sultan Selangor menyampaikan sumbangan itu sempena Majlis Berbuka Puasa dan Solat Tarawih bersama kira-kira 1,000 warga UPM dan komuniti di Masjid UPM.
Pada majlis itu, turut diadakan penyerahan sumbangan Wakaf Projek Khas oleh Pengarah Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowment (WAZAN) UPM, Dr. Razali Othman berjumlah RM654,814.97 dan Penyerahan Wakaf Teratak Pak Ngah Atan oleh Dr. Hasnah Udin sebanyak RM350,000.00.
Sumbangan daripada staf universiti dan umum untuk tabung Wakaf Ilmu UPM turut diserahkan pada majlis itu.
Sumbangan diterima daripada Pejabat Pendaftar UPM diwakili, Dato’ Wan Azman Wan Omar sebanyak RM273,693.29 dan wakil-wakil lain iaitu Bendahari UPM Zulkiflee Othman (RM304,353.79) dan Pengarah Pusat Islam Universiti Mat Razi Abdullah (RM347,701).
Wakaf Ilmu bertujuan memudahkan warga dan alumni UPM serta masyarakat memberi sumbangan berpandukan konsep wakaf untuk membantu pembiayaan aktiviti akademik, penyelidikan dan pemajuan ilmu di UPM.
Pengerusi UPM Holdings Sdn. Bhd., Tan Sri Dr. Ahmad Tajuddin Ali menyembahkan zakat perniagaan UPM Holdings bagi tahun 2017 berjumlah RM101,200.
Naib Canselor UPM, Prof. Datin Paduka Dato’ Dr. Aini Ideris menyerahkan Replika Kunci Ambulans bernilai RM241,356.80 kepada Ketua Pusat Kesihatan Universiti, Dr. Fauziah Adnan.
Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Anuwar Ali pula mempersembahkan Watikah Perisytiharan Pelantikan sebagai Felo Diraja Universiti Putra Malaysia kepada Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah. - UPM

Location data
Related featured and public collections
 Album UPM / Official Ceremony
Search for similar resources